HAI SEMUA,
Terima Kasih sekali lagi kerana mengunjungi WEB saya . Dengan rasa rendah diri,saya ingin berkongsi PELUANG serta PENGALAMAN di dalam industri TAKAFUL ini. Tahun 2023 merupakan tahun ke 10 saya berada didalam industri ini. Untuk makluman semua,sebelum menyertai bidang TAKAFUL, saya merupakan seorang pegawai kerajaan dan berkhidmat di Majlis Perbandaran Port Dickson.
Sepanjang berada di dalam industri ini,pelbagai manfaat dan anugerah telah saya terima dan saya sangat bersyukur kerana masih bertahan sehingga ke saat ini. Umum mengetahui bahawa, Prudential BSN Takaful Berhad adalah peneraju kepada industri Takaful dan terus berkembang mengikut arus teknologi terkini.
Tahun 2020 juga menyaksikan kemelesetan ekonomi luar biasa yang disebabkan oleh PANDEMIK COVID-19. Kebanyakan industri terjejas teruk dan ribuan rakyat kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan. Di samping kita semua perlu segera menyesuaikan diri dengan NORMA kehidupan baru, saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana indusri TAKAFUL tidak terjejas malah terus berkembang pesat.
Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk mengajak anda semua mengembangkan KARIER anda bersama saya di dalam industri hebat ini. Tak salah beri peluang kepada diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru. Siapa tahu,mungkin ini rezeki anda dan titik pemulaan KEJAYAAN di dalam kehidupan anda semua!!
JOM !! saya sedia membantu ANDA!!